PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, bersyukur ke atas Hidrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami Puan Ruswani Bt Wan Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami sekumpulan menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Selain itu, Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.
Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.
Sekian, Terima Kasih
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud amalan saling menolong atau kerja bersama-sama. Masyarakat Malaysia pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh sebab mereka lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil menonton rancangan televisyen atau bermain permainan komputer. Sebenarnya, amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia dan harus dipupuk sejak kecil. Amalan bergotong-royong juga telah banyak membawa kebaikan kepada kita.
Pertama sekali, bergotong-royong dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan latar belakang. Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat memahami dan menghormati adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan rasa waswas dan curiga. Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat dan mempermudah kerja seharian. Jika semua orang bersatu padu, tolong-menolong, maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi senang dan ringan. Contohnya, sekumpulan murid diberi tugasan oleh guru untuk membersihkan Taman Bunga di kawasan sekolah. Kalau murid-murid bekerjasama dan tidak malas, aktiviti pembersihan Taman Bunga dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Amalan gotong-royong juga dapat memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat berbilang ras dan agama. Dalam satu taman, terdapat jiran tetangga yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, semangat kejiranan dapat dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri , musim perayaan utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau aktiviti yang memerlukan kerjasama semua orang.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria. Kawasan yang bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak kata slogan pihak berkuasa tempatan, yakni ‘Negara Bersih, Rakyat Sihat’.
Secara kesimpulannya, aktiviti gotong-royong banyak mendatangkan kebaikan kepada penduduk setempat yang rata-rata terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk hidup aman makmur, saling menghormati dan bekerjasama, bak kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

USAHA-USAHA MEMUPUK SILATURAHIM
Isu perpaduan kaum
merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama
oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah
perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa
masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha
perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei
1969 daripada berulang kembali.
Antara usaha yang boleh
dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah
dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong
merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan
untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu,
aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan
mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan
slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti
gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan
perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya,
aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar
dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Selain itu itu, perpaduan
kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum
di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang
dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan
daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan
utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat
menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum
lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila
kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini
dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa
sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata
peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Seterusnya, aktiviti
sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum
di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali
penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal
ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli
sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian
bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada
suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili
pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina
sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat
dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu
sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat
antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini
tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di
peringkat antarabangsa.
Sebagaimana yang semua
telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan
negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan
dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai
kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui
pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan
permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu,
penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu
Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus
mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa
kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu,
dan tidak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh
setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging
dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.
Intihanya, semua pihak
perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara
kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan
perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya
kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk
padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan
liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah
membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat
beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang
gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab
dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum
dan integrasi nasional akan tercapai.
KESIMPULAN
Tuntasnya, semua pihak haruslah
menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal
ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar
1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan
percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit
haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku
bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan
2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.